Kehidupan awal Anis_Al-Idrus

Anis dilahirkan pada 21 Julai 1988 di Kelantan Darul Naim kepada pasangan Syed Zainal Al-Idrus dan Raja Puteri Azlini Atan, beliau ialah anak tunggal dalam keluarganya.[1] Anis mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu, Perak Darul Ridzuan dan seterusnya melanjutkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh, Lahad Datu, Sabah.[1] Semasa tahun-tahun persekolahannya, Anis tidak mempunyai ramai rakan perempuan kerana sikapnya ketika itu agak kasar, malah dagunya pernah tertusuk kawad berduri semasa bergaduh dengan rakan sekelasnya sehingga menyebabkan dagunya senget.[1]

Pada usia 15 tahun, ibunya mendaftarkannya dalam pertandingan Ratu Cantik Sabah/Lahad Datu 2003 dan terpilih ke peringkat akhir sekaligus menjadi juara.[1] Sejak itu, Anis melibatkan diri dalam peragaan.[1] Selepas tamat Tingkatan 5, Anis dan keluarganya pulang ke Semenanjung Malaysia dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Management and Science University (MSU). Sewaktu menunutut di MSU, beliau dianugerahkan Miss MSU 2007.[1]